Lawatan Kerja Datuk P Kamalanathan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan ke Pelabuhan Labuan
Pada 7 Ogos 2020, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, Datuk P Kamalanathan dan Ahli Lembaga Pengarah telah membuat lawatan kerja pertama mereka ke Pelabuhan Labuan. Semasa lawatan ini, Pengerusi dan rombongan telah diberi taklimat mengenai fungsi, misi dan Perancangan Lembaga Pelabuhan Labuan. Sementara itu, pengendali pelabuhan yang baru dilantik Megah Port Management Sdn Bhd telah memberi taklimat berkenaan operasi Jeti dermaga Merdeka, pengurusan kemudahan dan proses menaiktaraf kemudahan pelabuhan.
Powered by Phoca Gallery