Pada 7 Ogos 2020, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, Datuk P Kamalanathan dan Ahli Lembaga Pengarah telah mengadakan lawatan kerja pertama mereka ke Pelabuhan Labuan. Semasa lawatan tersebut, Pengerusi dan delegasi telah diberi taklimat mengenai fungsi, misi dan Perancangan Lembaga Pelabuhan Labuan.
Sementara itu, pengendali pelabuhan Megah Port Management Sdn Bhd yang baharu dilantik memberi taklimat mengenai operasi Jeti Dermaga Merdeka, pengurusan fasiliti dan proses menaik taraf kemudahan pelabuhan.
Lihat lebih banyak foto di sini